Prosedur

Salam pembuka bicara...


Salah satu bahagian yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga adalah borang permohonan nikah lelaki dan perempuan. Legal document the most important. Tujuannya adalah supaya perkahwinan kita diiktiraf oleh syari'at dan undang-undang negara. Tapi bahagian inilah yang paling buat bakal-bakal pengantin rasa macam takut salah isi lah, tak lepas lah dan macam-macam. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.

Dari pengalaman saya, saya memang asal Selangor, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor. Tetapi tunang saya orang Pahang, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor malah nak buat permohonan nikah di Selangor. Maknanya saya berkahwin dengan orang yang berlainan negeri lah.

Apa dokumen yang perlu tunang saya buat dulu?
1. Borang permohonan nikah lelaki (Borang 2A)
2. Borang pengesahan permastautin (Borang 2B). Borang ini perlu diisi oleh pemohon sekiranya alamat di dalam mykad tidak sama dengan alamat dalam borang permohonan.

Apa dokumen yang tunang saya perlu serahkan kepada saya?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Borang 2A)

Apa pula dokumen yang saya kena isi?
1. Borang permohanan nikah perempuan (Borang 2C)
2. Borang Persetujuan Wali dan Wakalah Wali (Borang 2D)

Apa dokumen yang perlu diserahkan kepada jurunikah / penolong pendaftar perkahwinan?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [lelaki] (Borang 2A)
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [perempuan] (Borang 2C)

Ringkasan Carta Alirnya sebegini.

Lelaki lengkapkan borang 2A dan 2B
Dapatkan 2 orang saksi lelaki dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Perkahwinan dari Kariah Masjid berdekatan.

Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk serahkan kedua-dua borang 2A dan 2B berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk pada senarai semak yang diberi.

Buat bayaran RM10 dan tunggu diberi Surat Kebenaran Berkahwin (kebiasaan dapat on the spot. Cuma kena tunggu sekejap la sementara borang diproses)

Serahkan borang kepada pihak perempuan

Perempuan kena lengkapkan borang 2C dan 2D (2B jika berkenaan)

Dapatkan persetujuan wali, 2 saksi dan pengesahan penolong pendaftar perkahwinan untuk Kariah Masjid berdekatan

Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk penyerahan borang. Bawa borang 2A, 2B, 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk senarai semak yang diberi.

Buat bayaran RM10 dan tunggu sementara Surat Kebenaran Berkahwin dalam Negeri Selangor selesai. 

Serahkan semua dokumen kepada penolong pendaftar perkahwinan iaitu jurunikah anda.

Dalam laman web JAIS telah disertakan carta alir mereka sendiri. Boleh refer link di bawah.
Carta alir Prosedur Lelaki
- Carta alir Prosedur Perempuan
Senarai Semak Borang Lelaki
Senarai Semak Borang Perempuan


Sebelum dapat isi borang, pemohon di Negeri Selangor perlu daftar dahulu di laman web ini.[tekan sini]

Tekan pada daftar disini. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan. Maklumat kita akan disimpan dalam sistem bila kita nak buat perubahan tarikh atau apa-apa pun hanya perlu isi nombor IC dan kata laluan seterusnya daftar masuk. Log in la tu. Kemudian, akan keluar borang apa yang patut kita isi. Senang. Terus isi borang tu.

Untuk borang 2C selagi maklumat tak lengkap, kita tak boleh simpan data. Borang 2C ni perlukan maklumat pemohon perempuan dan lelaki, maklumat pernikahan (macam tarikh nikah kita, dekat mana, masa bila dan sebagainya), maklumat wali serta maklumat saksi. Untuk saksi, cukup ada nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. (hanya untuk persediaan kawan-kawan yang nak memohon la)

Tapi bagi borang 2D, kita boleh simpan data walaupun belum lengkap. Macam saya, saya tak tahu nama penuh, nombor kad pengenalan penolong pendaftar nikah saya** (Senang cakap zero knowledge untuk apa-apa maklumat tentang jurunikah saya, kenal pun tak. Ayah je yang kenal) jadi saya biar kan kosong tanpa diisi. Saya terus simpan data dan cetak. Bila dah jumpa penolong pendaftar nikah tu, baru isi pakai tulisan tangan je. Jangan risau. Memang boleh pun sebab borang saya dah lulus. Hehe

** Untuk mereka yang bakal berurusan dengan saya.. Saya beri sedikit butiran untuk diisi pada borang 2D..(Borang Wakalah Wali)
Nama : Haji Abdullah bin Arob
Jawatan: Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP)
Kariah : Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat.

Harap maklumat saya tulis dalam entri dapatlah tolong kawan-kawan yang tengah pening nak isi borang permohonan tu. Lagi-lagi, buat yang anak sulung. 

Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah mereka